BAB 9

1 Ketika Yesus sedang berjalan, Yesus melihat orang yang buta sejak dilahirkan. 2 Murid-murid Yesus bertanya kepada Yesus, ''Guru, siapakah yang berdosa, orang ini atau ibubapanya sehingga dia dilahirkan buta?'' 3 Yesus menjawab, ''Bukan dosa dia dan bukan juga dosa ibubapanya. Dia begitu supaya kuasa Allah dapat dinyatakan melaluinya. 4 Selagi siang kita mesti melakukan pekerjaan Dia yang mengutus-Ku. Malam akan tiba apabila tiada seorang pun dapat melakukan pekerjaan. 5 Selama Aku masih di dunia, Akulah cahaya dunia.'' 6 Setelah mengatakan demikian, Yesus meludah ke tanah dan menggaul ludah-Nya dengan tanah lalu menyapukan pada mata orang itu, 7 serta berkata kepadanya, ''Pergi basuhlah mukamu di kolam Siloam.'' (Siloam bererti ''diutus'' dalam bahasa Ibrani)'Lalu orang itu pergi membasuh mukanya. Apabila dia kembali dia sudah dapat melihat. 8 Jiran tetangga dan semua orang yang tahu dia buta bertanya, ''Bukankah orang ini yang selalu duduk meminta sedekah?'' 9 Ada yang berkata, ''Ya dialah.'' ada pula berkata, ''Bukan dia hanya serupa dengannya.'' Tetapi orang itu sendiri mengaku, ''Akulah orang itu.'' 10 Mereka bertanya kepadanya, ''Bagaimanakah sekarang kamu dapat melihat?'' 11 Dia menjawab, ''Orang yang bernama Yesus telah meludah ke tanah lalu menggaulkan tanah itu dengan ludah-Nya, dilapkan-Nya di mukaku dan menyuruh saya untuk membasuh muka di Kolam Siloam, sebaik sahaja aku membasuh muka di kolam itu, aku pun dapat melihat.'' 12 Mereka bertanya, ''Di manakah orang itu?'' Dia menjawab, ''Aku tidak tahu.'' 13 Orang yang dahulunya buta itu dibawa mereka kepada orang Farisi. 14 Yesus telah membuat tanah liat dan menyembuhkan mata orang itu pada hari Sabat. 15 Orang Farisi menanya orang itu bagaimana dia dapat melihat. Jawabnya, ''Dia menyapukan tanah liat pada mataku, lalu aku membasuh muka kemudian aku dapat melihat.'' 16 Sebilangan orang Farisi itu berkata, ''Dia bukan daripada Allah, kerana Dia melanggar peraturan hari Sabat.'' Tetapi ada pula yang berkata, ''Kalau Dia orang berdosa, bagaimana Dia dapat melakukan mukjizat begini?'' Dengan demikian timbullah perselisihan pendapat dalam kalangan mereka. 17 Jadi, mereka kembali bertanya pada orang yang dahulunya buta itu, ''Apa pendapatmu tentang Dia kerana Dia telah menyembuhkan matamu?'' Orang itu menjawab, ''Dia adalah seorang Nabi.'' 18 Orang Yahudi tidak percaya kepadanya, bahawa orang itu dahulunya buta tetapi sekarang dapat melihat, lalu mereka memanggil ibubapanya, 19 dan bertanya kepada mereka, ''Apakah ini anak kamu, yang kamu katakan buta sejak lahir? Bagaimana pula sekarang dapat melihat?'' 20 Ibubapanya menjawab mereka, ''Ya,dia anak kami yang buta sejak dilahirkan. 21 Tetapi kami tidak tahu bagaimana dia dapat melihat sekarang serta siapa yang menyembuhkannya kami pun tidak tahu. Dia sudah dewasa, tanyalah dia. Dia dapat menjawab sendiri. 22 Ibubapanya berkata demikian kerana takut akan orang Yahudi yang telah bersetuju bahawa sesiapa yang mengakui Yesus itu Kristus tidak dibenarkan masuk ke Bait Suci. 23 Itulah sebabnya ibubapanya berkata, ''Dia sudah dewasa, tanyalah dia.'' 24 Jadi, untuk kedua kalinya orang Yahudi memanggil orang yang dahulunya buta dan berkara kepadanya, ''Berikan kemuliaan bagi Allah, kami tahu bahawa Orang ini berdosa.'' 25 Dia menjawab, ''Apakah Orang itu berdosa atau tidak, aku tidak tahu; satu perkara yang aku tahu sebelumnya aku buta, tetapi sekarang aku melihat.'' 26 Mereka berkata kepadanya, ''Apa yang Dia lakukan kepadamu? Bagaimana Dia menyembuhkan matamu?'' 27 Ia menjawab mereka, ''Aku sudah mengatakannya kepada kamu, tetapi kamu tidak mau mendengarkannya; mengapa kamu ingin mendengarkannya lagi? Apakah kamu ingin menjadi murid-Nya?'' 28 Mereka menghina dia dan berkata, ''Kamulah murid Orang itu, tetapi kami adalah murid Musa. 29 Kami tahu bahawa Allah telah berkata kepada Musa, tetapi ntentang Orang itu, kami tidak tahu dari mana Dia berasal!'' 30 ''Hairan sekali,'' kata orang yang dahulunya buta. ''Kamu tidak tahu dari mana Dia datang, tetapi Dia telah menyembuhkan mataku! 31 Kita tahu bahawa Allah tidak mendengarkan orang berdosa, tetapi siapa pun yang takut akan Allah dan melakukan kehendak-Nya, Allah mendengarkan dia. 32 Sejak permulaan dunia sampai sekarang, belum pernah didengar bahawa seseorang menyembuhkan mata orang yang buta sejak dilahirkan. 33 Jika orang itu tidak berasal dari Allah, Dia tidak dapat berbuat apa-apa. 34 Orang Yahudi itu menjawab dan berkata kepadanya, ''Kamu lahir penuh dengan dosa dan kamu hendak mengajar kami? Mereka pun menghalaunya keluar. 35 Yesus mendengar bahawa mereka telah menghalaunya keluar, ketika Yesus bertemu dengan dia, Yesus berkata, Apakah kamu percaya kepada Anak Manusia? 36 Orang itu menjawab, ''Siapakah Dia itu Tuhan, supaya aku percaya kepada-Nya? 37 Yesus berkata kepadanya, ''Kamu telah melihat Dia. Dialah yang sedang bercakap denganmu.'' 38 Orang itu menjawab, ''Tuhan, aku percaya!'' Kemudian dia sujud di hadapan Yesus. 39 Yesus berkata, ''Aku datang ke dunia ini untuk menghakimi manusia; supaya orang buta dapat melihat, orang yang dapat melihat menjadi buta.'' 40 Beberapa orang Farisi yang ada di dekat Yesus berkata kepada-Nya, ''Apakah kami juga buta?'' 41 Yesus berkata kepada mereka, ''Jika kamu buta, kamu tidak memiliki dosa; tetapi kerana kamu berkata, ''Kami melihat'', maka kamu tetap berdosa.''