1 Akan tetapi Yesus pergi ke Bukit Zaitun. 2 Pada keesokan harinya, awal pagi lagi Yesus masuk ke Bait Suci. Semua orang di situ datang kepada Yesus. Yesus duduk lalu mengajar mereka. 3 Ahli Taurat dan orang Farisi membawa kepada Yesus seorang perempuan yang didapati berzina. Mereka menempatkan perempuan itu untuk berdiri di hadapan semua orang di situ. 4 Mereka berkata kepada Yesus, ''Guru perempuan ini ditangkap ketika berzina. 5 Dalam hukum Taurat, Musa memberikan perintah supaya perempuan demikian dilempari batu sampai mati. Bagaimanakah pendapat-Mu?'' 6 Mereka bertanya demikian untuk mencubai Yesus supaya mereka memiliki alasan untuk menuduh-Nya. Tetapi Yesus tunduk menulis di tanah dengan jari-Nya. 7 Kerana mereka terus menerus menanyai Yesus. Yesus berdiri dan berkata kepada mereka, ''Orang yang tidak berdosa di antara kamu hendaklah dia menjadi yang pertama melempari perempuan ini dengan batu.'' 8 Lalu Yesus tunduk lagi dan menulis di tanah. 9 Setelah mendengar kata-kata Yesus, seorang demi seorang bermula dengan yang tertua beredar dari situ. Akhirnya hanya Yesus dan perempuan iyu yang tinggal. 10 Lalu Yesus berdiri dan berkata kepada perempuan itu, ''Di manakah mereka? tidak adakah orang yang menghukummu?'' 11 Jawab perempuan itu, ''Tidak ada, Tuhan.'' Yesus berkata , ''Aku pun tidak menghukummu. Pergilah dan mulai sekarang jangan lagi berbuat dosa. 12 Yesus berkata kepada orang banyak itu, ''Akulah terang dunia. Setiap orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi mempunyai terang hidup.'' 13 Kemudian orang Farisi berkata kepada Yesus, ''Engkau bersaksi tentang diri-Mu sendiri, maka kesaksian-Mu tidak benar. 14 Yesus menjawab mereka, ''Walaupun Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, kesaksian-Ku benar, kerana Aku tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi, sedangkan kamu tidak tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi. 15 Kamu menghakimi menurut ukuran manusia. Aku tidak menghakimi sesiapa pun. 16 Tetapi sekiranya Aku menghakimi, penghakiman-Ku adalah benar, kerana Aku tidak menghakimi sendirian. Bapa yang mengutus Aku menghakimi bersama-sama dengan-Ku, 17 Dalam Kitab Tauratmu tertulis bahawa kesaksian dua orang adalah benar. 18 Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri dan Bapa yang mengutus Aku bersaksi tentang Aku. 19 Mereka bertanya kepada-Nya, ''Di manakah Bapa-Mu?'' Yesus menjawab, ''Kamu tidak mengenal-Ku atau Bapa-Ku. Kalau kamu mengenal-Ku, tentu kamu mengenal Bapa-Ku. 20 Perkataan ini Yesus sampaikan di perbendaharaan ketika mengajar di Bait Suci. Tetapi tiada seorang pun menangkap-Nya, kerana saat-Nya belum tiba. 21 Yesus berkata lagi kepada merek, ''Aku akan meninggalkan kamu dan kamu akan mencari Aku, tetapi kamu akan mati dalam dosa kamu. Ke mana Aku pergi kamu tidak dapat datang .'' 22 Kemudian orang Yahudi berkata, ''Apakah Dia mau bunuh diri kerana Dia berkata, ''Ke mana Aku pergi kamu tidak dapat datang?'' 23 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, ''Kamu berasal dari bawah, tetapi Aku berasal dari atas. Kamu berasal dari dunia ini, tetapi Aku bukan dari dunia ini. 24 Oleh kerana itu, Aku mengatakan kepada kamu bahawa kamu akan mati dalam dosa kamu kerana kamu tidak percaya kepada-Ku, kamu akan mati dalam dosa-dosa kamu.'' 25 Kemudian mereka bertanya lagi kepada Yesus, ''Siapakah Engkau?'' Yesus menjawab mereka, "'Aku sudah mengatakannya kepada kamu sejak awal lagi. 26 Ada banyak perkara mengenai kamu yang mesti Aku katakan dan hakimi, tetapi Dia yang mengutus Aku adalah benar dan apa yang Aku dengar dari Dia itulah yang Kusampaikan kepada dunia.'' 27 Mereka tidak mengerti bahawa Yesus sedang berkata kepada mereka tentang Bapa. 28 Oleh sebab itu Yesus berkata, ''Ketika kamu sudah meninggikan Anak Manusia, saat itulah kamu akan tahu bahawa Aku adalah Dia, dan tidak ada satu pun yang Aku lakukan dari diri-Ku sendiri, melainkan Aku mengatakan apa yang diajarkan Bapa kepada-Ku. 29 DIa yang mengutus Aku ada bersama-sama dengan-Ku, Dia tidak meninggalkan Aku sendirian kerana Aku selalu melakukan perkara-perkara yang berkenan kepada-Nya. 30 Semantara Yesus mengatakan semuanya banyak orang yang percaya kepada-Nya. 31 Kemudian Yesus berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya, ''Jika kamu tetap dalam firman-Ku kamu benar-benar murid-Ku, 32 dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan membebaskan kamu.'' 33 Mereka menjawab, ''Kami adalah keturunan Abraham dan tidak pernah menjadi hamba siapa pun. Jadi mengapa Engkau berkata , ''Kamu akan bebas?'' 34 Jawab Yesus, ''Sesungguhnya, Aku berkata kepada kamu setiap orang yang berbuat dosa adalah hamba dosa. 35 Seorang hamba tidak tinggal dalam sebuah keluarga untuk selamanya, tetapi seorang anak tinggal untuk selamanya. 36 Jadi apabila Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas. 37 Aku tahu kamu adalah keturunan Abraham, tetapi kamu ingin membunuh-Ku kerana ajaran-Ku tiada tempat di dalam hati kamu. 38 Aku mengatakan tentang perkara yang telah Aku lihat bersama Bapa-Ku, demikian juga kamu melakukan perkara yang kamu dengar dari bapa kamu. 39 Mereka menjawab kepada Yesus, ''Abraham adalah bapa kami.'' Jawab Yesus, Jika kamu keturunan Abraham, kamu sepatutnya melakukan apa yang Abraham lakukan. 40 Tetapi kamu berusaha membunuh Aku, orang yang memberitahu kamu tentang kebenaran yang Aku dengar dari Allah. Abraham tidak melakukan perkara itu. 41 Jadi kamu hanya melakukan apa yang dilakukan oleh bapamu sendiri.'' Mereka berkata kepada Yesus, ''Kami tidak dilahirkan dari perzinahan. Kami memiliki satu Bapa iaitu Allah.'' 42 Yesus berkata kepada mereka, ''Jika Allah adalah Bapa kamu, kamu akan mengasihi Aku kerana Aku datang dan berasal dari Allah. Dan Aku datang bukan atas kehendak-Ku sendiri melainkan Dia yang mengutus Aku. 43 Apa sebabnya kamu tidak mengerti apa yang Aku katakan? Itu kerana kamu tidak mendengar firman-Ku. 44 Kamu berasal dari bapamu iaitu saitan dan keinginan kamu dari bapamu. Dia adalah pembunuh sejak semula dan tidak berpegang pada kebenaran kerana tidak ada kebenaran di dalam dirinya. Jika dia mengatakan kebohongan, ia mengatakannya dari sifatnya sendiri kerana dia adalah pembohong dan bapa pembohong. 45 Kerana Aku mengatakan kebenaran kepadamu, kamu tidak percaya kepada-Ku. 46 Siapakah di antara kamu yang dapat meyatakan bahawa Aku berdosa? Jika Aku mengatakan kebenaran mengapakah kamu tidak percaya kepada-Ku? 47 Siapa pun yang berasal dari Allah, dia mendengarkan firman Allah; itulah sebabnya kamu tidak mendengarkannya kerana kamu tidak berasal dari Allah. 48 Orang Yahudi berkata, ''Tidakkah benar kami katakan, Kamu ini orang Samaria dan dirasuk roh jahat. 49 Yesus menjawab, ''Aku tidak dirasuk roh jahat. Aku memuliakan Bapa-Ku, tetapi kamu menghina Aku. 50 Aku tidak mencari kemuliaan untuk diri-Ku, tetapi Dia yang mencarinya untuk-Ku dan Dialah yang akan menghakimi. 51 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu sesiapa yang menurut kata-Ku dia tidak akan mati. 52 Orang Yahudi berkata kepada-Nya, ''Sekarang tahulah kami bahawa kamu dirasuk roh jahat! Abraham sudah mati, begitu juga nabi-nabi. Tetapi kamu berkata , Sesiapa yang menurut kata-Ku tidak akan mati. 53 Adakah kamu lebih besar daripada bapa kami Abraham yang sudah mati juga nabi-nabi pun sudah mati. Kamu sangka Kamu ini siapa? 54 Yesus menjawab, ''Sekiranya Aku memuliakan diri-Ku, kemuliaan itu tidak bererti. Bapa-Ku yang memuliakan Aku. Kamu mengatakan, ''Dia itu Allah kami.'' 55 Namun kamu tidak mengenal-Nya tetapi Aku mengenal-Nya. Sekiranhya Kukatakan Aku tidak mengenal-Nya, jadilah Aku pembohong seperti kamu. Aku mengenal-Nya dan taat akan firman-Nya. 56 Bapa kamu Abraham bersukacita melihat hari-Ku. Dia melihatnya dan bergembira.'' 57 Orang Yahudi berkata kepada-Nya, ''Umur-Mu belum sampai lima puluh tahun. Bagaimana Kamu berjumpa dengan Abraham?'' 58 Yesus berkata kepada mereka, ''Sesungguhnya Aku berkata kepadamu apa yang Kukatakan ini benar, sebelum Abraham dilahirkan Aku sudah ada.'' 59 Setelah itu mereka memungut batu untuk melempari Yesus, tetapi Yesus menyembunyikan diri-Nya lalu meninggalkan Bait Suci.