BAB 7

1 Setelah itu Yesus berjalan mengelilingi Galilea. Yesus tidak mau pergi ke Yudea kerana orang-orang Yahudi di sana hendak membunuh Yesus. 2 Pada masa itu perayaan orang Yahudi iaitu perayaan Pondok Daun sudah dekat. 3 Kerana itu, saudara-saudara Yesus berkata kepada-Nya, ''Berangkatlah dari sini ke Yudea supaya murid-murid-Mu dapat melihat pekerjaan yang Engkau lakukan. 4 Sebab tidak ada orang yang melakukan perkerjaan dengan tersembunyi jika ia inign dikenal secara umum. Jika Engkau melakukan perkara itu, tunjukkanlah diri-Mu kepada dunia. 5 Sebab saudara-saudara Yesus sendiri tidak percaya kepada-Nya. 6 Yesus berkata kepada mereka, ''Waktu-Ku belum tiba, tetapi waktumu akan selalu tersedia. 7 Dunia tidak dapat membenci kamu, tetapi dunia membenci Aku kerana Aku memberi kesaksian tentang dunia, bahawa perbuatannya adalah jahat. 8 Pergilah kamu ke perayaan itu. Aku tidak mau pergi ke perayaan itu kerana waktu-Ku belum tiba. 9 Setelah mengatakan demikian Yesus tetap tinggal di Galilea. 10 Setelah saudara-saudara-Nya pergi ke perayaan itu, Yesus pun pergi tetapi secara diam-diam. 11 Orang-orang Yahudi mencari Yesus dalam perayaan itu, dan berkata, ''Di mana Yesus?'' 12 Orang ramai berbisik-bisik tentang Yesus. Ada yang berkata, ''Dia orang baik.'' Ada pula yang berkata, ''Tidak, Dia menyesatkan rakyat.'' 13 Tetapi tidak seorang pun berani berkata terus terang mengenai Yesus kerana takut kepada orang Yahudi. 14 Ketika perayaan itu masih berlangsung, Yesus masuk ke Rumah Allah dan mulai mengajar. 15 Orang Yahudi menjadi hairan dan berkata, ''Bagaimana Orang ini memiliki pengetahuan sedemikian sedangkan tidak belajar?'' 16 Yesus menjawab mereka, ''Ajaran-Ku tidak berasal dari diri-Ku sendiri tetapi dari Dia yang mengutus Aku. 17 Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripadan Allah atau daripada Aku sendiri. 18 Orang yang mengajarkan ajarannya sendiri, mencari kehormatan bagi dirinya sendiri. Tetapi orang yang mencari kehormatan untuk Dia yang mengutusnya, ia benar dan tidak ada kepalsuan di dalam dirinya. 19 Bukankah Musa telah memberikan Hukum Taurat kepada kamu, tetapi tidak seorang pun di antara kamu yang mematuhi hukum itu?Mengapa kamu berusaha untuk membunuh Aku? 20 ''Orang ramai itu menjawab, ''Engkau kerasukan roh jahat! Siapakah yang berusaha membunuh-Mu?'' 21 Yesus berkata kepada mereka, ''Aku hanya melakukan satu pekerjaan dan kamu semua hairan. 22 Musa memberimu sunat, sebenarnya sunat itu bukan dari Musa tetapi dari nenek moyang , dan kamu munyat orang pada hari Sabat. 23 Jika seseorang disunat pada hari Sabat sehingga Hukum Musa tidak dilanggar, mengapa kamu marah kepada-Ku kerana Aku menyembuhkan orang pada hari Sabat? 24 Janganlah menghakimi berdasarkan yang kelihatan tetapi hakimilah dengan penghakiman yang adil dan benar. 25 Sebilangan penduduk Yerusalem berkata, ''Bukankah orang ini yang dicari oleh mereka untuk dibunuh? 26 Lihatlah Dia bercakap di hadapan orang ramai, tetapi mereka diam sahaja. Adakah para pemerintah itu benar-benar tahu bahawa Dia Kristus? 27 Orang ini kita tahu tempat asal-Nya. Tetapi apabila Kristus datang tiada siapa yang tahu tempat asal-Nya.'' 28 Ketika Yesus mengajar di Bait Suci, Dia berseru dengan suara lantang, ''Kamu tentu mengenal siapa Aku dan dari mana tempat asal-Ku. Aku datang bukan dengan kehendak-Ku sendiri. Dia yang mengutus Aku dapat dipercayai tetapi kamu tidak mengenal-Nya. 29 Tetapi Aku mengenal-Nya kerana Dialah yang mengutus Aku dan Aku datang daripada-Nya.'' 30 Selepas itu mereka berusaha menangkap Yesus. Tetapi tiada seorang pun yang dapat memegang-Nya kerana saat-Nya belum tiba. 31 Namun banyak orang percaya kepada Yesus. Mereka berkata, ''Apabila Kristus datang, adakah Dia akan melakukan lebih banyak mukjizat daripada orang ini?'' 32 Orang Farisi mendengar orang ramai berbisik-bisik tentang Yesus. Oleh itu mereka dan para ketua imam pun menyuruh beberapa orang pengawal Bait Suci untuk menangkap Yesus. 33 Kerana itu Yesus berkata, ''Waktu-Ku bersama-sama dengan kamu tinggal sebentar lagi. Selepas itu, Aku akan pulang kepada Dia yang mengutus Aku. 34 Kamu akan mencari Aku, tetapi kamu tidak dapat menemui-Ku. Di mana Aku berada kamu tidak dapat ikut.'' 35 Orang Yahudi berkata sesama sendiri, ''Ke manakah Dia hendak pergi sehingga kita tidak dapat menemui-Nya? Adakah Dia hendak pergi kepada orang Yahudi yang tinggal di perantauan dalam kalangan orang Yunani untuk mengajar orang Yunani? 36 Apakah maksud perkataan-Nya, ''Kamu akan mencari-Ku tetapi kamu tidak dapat menemui-Ku'' dan ''Di mana Aku berada, kamu tidak dapat ikut?'' 37 Pada hari terakhir, iaitu puncak perayaan itu, Yesus berdiri dan berseru, ''Jika ada yang haus baiklah dia datang kepada-Ku dan minum. 38 Orang yang percaya kepada-Ku seperti yang dikatakan Kitab Suci dari dalam dirinya akan mengalir aliran air hidup.'' 39 Yang dimaksudkan oleh Yesus ialah Roh Kudus yang akan diterima nanti oleh orang percaya kepada-Nya. Sebab pada masa itu Roh Kudus belum dikaruniakan kerana Yesus belum dimuliakan. 40 Ketika mereka mendengar perkataan itu, beberapa dari mereka berkata, ''Orang ini benar-benar seorang Nabi.'' 41 Ada pula yang berkata , ''Dialah Kristus yang diutus oleh Allah. Sebaliknya ada yang berkata, ''Kristus yang diutus oleh Allah bukan dari Galilea. 42 Menurut Kitab Suci, Kristus yang diutus oleh Allah berasal dari keturunan Daud dilahirkan di Betlehem, tempat asal Daud. 43 Demikianlah mereka berbelah lalu berpihak-pihak kerana Yesus. 44 Beberapa orang di antara mereka ingin menangkap Yesus, tetapi tidak seorang pun dapat menyentuh Yesus. 45 Kemudian para pengawal Bait Suci datang kepada para imam dan orang Farisi. Lalu mereka bertanya kepada para pengawal itu, ''Mengapakah kamu tidak membawa Yesus di sini? 46 Para pengawal itu menjawab, ''Belum pernah seseorang bercakap seperti-Nya!'' 47 Orang Farisi berkata, ''Adakah kamu sudah disesatkan? 48 Adakah mana-mana pemerintah atau orang Farisi telah percaya kepada-Nya? 49 Tetapi orang banyak yang tidak tahu Hukum Taurat ini terkutuklah!'' 50 Akan tetapi, Nikodemus salah seorang dari mereka yang dulu pernah menemui Yesus berkata kepada mereka, 51 ''Bukankah mengikut hukum Taurat, kita tidak boleh menghukum seseorang tanpa perbicaraan dan penyiasatan terlebih dahulu?'' 52 Mereka berkata, ''Adakah kamu juga berasal dari Galilea? Kajilah dan kamu akan tahu tiada nabi yang datang dari Galilea.'' 53 Kemudian, mereka semua pulang ke rumah masing-masing.