BAB 6

1 Selepas itu, Yesus menyeberangi danau Galilea iaitu danau Tiberias. 2 Banyak orang yang mengikuti Yesus kerana mereka melihat mukjizat yang Yesus lakukan terhadap orang sakit. 3 Kemudian, Yesus naik ke atas bukit dan duduk di sana bersama murid-murid-Nya. 4 Saat itu perayaan Paskah orang Yahudi sudah dekat. 5 Sambil memandang ke sekeliling-Nya dan melihat orang banyak datang kepada-Nya, Yesus pun berkata kepada Filipus, ''Di manakah kita dapat membeli roti supaya orang ramai ini dapat makan?'' 6 Yesus mengatakan perkara ini untuk menguji Filipus kerana Yesus sendiri tahu apa yang patut Dia lakukan. 7 Filipus menjawab, ''Roti berharga dua ratus ringgit tidak mencukupi untuk mereka, sekalipun mereka mendapat sepotong sahaja.'' 8 Salah seorang murid-Nya bernama Andreas, saudara Simon Petrus berkata kepada Yesus, 9 Di sini ada seorang budak yang mempunyai lima roti dan dua ekor ikan, tetapi tiada ertinya untuk orang ramai ini'' 10 Yesus berkata, ''Suruhlah semua orang supaya duduk.'' Di tempat itu banyak rumput, jadi orang ramai itu duduk kira-kira lima ribu orang lelaki sahaja. 11 Kemudian Yesus mengambil roti dan mengucap syukur. Yesus membahagikan roti itu kepada mereka yang duduk; demikian juga Yesus melakukan terhadap ikan itu sebanyak yang mereka inginkan. 12 Ketika semua orang sudah kenyang, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, ''Kumpulkanlah potongan roti yang tersisa supaya tidak ada yang terbuang. 13 Para murid-Nya mengumpulkan dan mengisi dua belas bakul dari lima ketul roti yang ditinggalkan mereka setelah selesai makan. 14 Ketika orang ramai itu melihat mukjizat yang dilakukan oleh Yesus mereka berkata, ''Dia ini pasti Nabi yang dijanjikan akan datang ke dunia ini.'' 15 Kerana mengetahui bahawa orang ramai itu memaksa-Nya menjadi Raja atas mereka, Yesus pun pergi ke bukit seorang diri. 16 Ketika hari sudah mulai petang, para murid turun menuju ke danau 17 dan naik perahu, mereka mulai menyeberangi danau menuju ke Kapernaum. Hari sudah mulai gelap, tetapi Yesus belum juga datang menemui mereka. 18 Danau itu mulai bergelora kerana angin sangat kuat bertiup. 19 Ketika mereka mendayung perahu sejauh lima atau enam kilometer, mereka melihat Yesus berjalan di atas laut dan datang mendekati perahu, mereka pun ketakutan. 20 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, ''Aku ini! Jangan takut!'' 21 Setelah itu, mereka menaikkan Yesus ke dalam perahu dan tiba-tiba perahu itu sudah sampai ke tempat mereka tujui. 22 Keesokan harinya, orang ramai yang masih berdiri di seberang danau melihat tidak ada perahu lain di situ, kecuali perahu yang mjurid-murid-Nya telah naiki. Tetapi Yesus sendiri tidak ikut naik perahu itu bersama dengan murid-murid-Nya yang telah berangkat sendiri. 23 Datanglah perahu lain dari Tiberias dekat tempat mereka telah makan roti setelah Yesus mengucap syukur. 24 Ketika orang ramai mendapati bahawa Yesus maupun para murid-Nya tidak ada di sana mereka pun naik perahu dan pergi ke Kapernaum untuk mencari Yesus. 25 Setelah mereka menemui-Nya, mereka pun bertanya pada Yesus, ''Rabi bila Engkau samapi di sini?'' 26 Yesus menjawab mereka, ''Sebenarnya kamu mencari Aku bukan kerana kamu melihat mukjizat , tetapi kerana kamu telah makan roti sampai kenyang. 27 Berhentilah bekerja untuk makanan yang boleh binasa, sebaliknya bekerjalah untuk makanan yang akan bertahan sampai kepada kehidupan yang kekal yang Anak Manusia akan berikan padamu, kerana Allah Bapa telah memberikan pengesahan pada-Nya.'' 28 Lalu orang ramai itu bertanya kepada Yesus, ''Apakah yang harus kami lakukan supaya kami mengerjakan pekerjaan yang dikehendaki oleh Allah?'' 29 Yesus menjawab mereka, ''Inilah pekerjaan yang diingini oleh Allah; percayalah kepada Dia yang sudah diutus oleh Allah.'' 30 Mereka bertanya kepada Yesus, ''Kalau begitu tanda mukjizat apakah yang akan Engkau akan lakukan supaya kami melihat dan percaya pada-Mu?Apa pekerjaan yang Engkau lakukan? 31 Nenek moyang kami makan manna di padang belantara seperti yang tertulis, 'Ia memberi mereka roti dari syurga untuk dimakan.'' 32 Yesus berkata kepada mereka, ''Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, bukan Musa yang memberimu roti dari syurga melainkan Bapa-Kulah yang memberimu roti yang sejati dari syurga. 33 Sebab Roti dari Allah adalahDia yang turun dari syurga dan memberi hidup kepada dunia.'' 34 Mereka berkata kepada Yesus, ''Tuhan berilah kami roti itu sentiasa.'' 35 Kata Yesus kepada mereka, ''Akulah roti hidup; orang yang datang kepada-Ku tidak lapar lagi dan orang yang percaya kepada-Ku tidak haus lagi. 36 Tetapi Aku beritahu kamu walaupun kamu sudah melihat Aku, kamu tetap tidak percaya. 37 Semua yang diberikan Bapa kepada-Ku akan datang pada-Ku, dan yang datang kepada-Ku tidak pernah Aku halau. 38 Sebab, Aku turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri, sebaliknya kehendak Dia yang mengutus Aku. 39 Inilah kehendak Dia yang mengutus Aku supaya semua yang telah diberikan-Nya kepada-Ku tidak ada yang hilang, supaya Aku bangkitkan pada hari kiamat. 40 Sebab inilah kehendak Bapa-Ku, bahawa setiap orang yang melihat Anak dan percaya pads-Nya akan memperolehi hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada hari kiamat.'' 41 Kemudian orang Yahudi bersungut-sungut tentang Yesus sebab Dia telah katakan, ''Akulah roti yang turun dari syurga,'' 42 Mereka berkata, ''Bukankah Dia ini Yesus anak Yusuf, yang ibubapanya kita kenal? Bagaimana Dia dapat berkata, ''Aku telah turun dari syurga?'' 43 Yesus berkata kepada mereka ''Janganlah bersungut-sungut sesama sendiri. 44 Tidak seorang pun dapat datang kepada-Ku, kecuali Bapa yang mengutus Aku menariknya, dan Aku akan membangkitkannya pada hari kiamat. 45 Di dalam kitab para nabi ada tertulis, ''Semua orang akan diajar oleh Allah.'' Setiap orang yang telah mendengar dan belajar dari Bapa akan datang kepada-Ku. 46 Hal ini tidak bererti ada orang yang pernah melihat Bapa, kecuali Dia yang datang dari Allah; Dialah yang telah melihat Bapa. 47 Aku berkata kepadamu, ''Sesungguhnya setiap orang yang percaya memiliki hidup yang kekal.'' 48 Akulah roti hidup. 49 Nenek moyang kamu telah makan manna di padang belantara tetapi mereka mati. 50 Inilah roti yang turun dari syurga, supaya setiap orang memakannya tidak akan mati. 51 Akulah roti hidup itu yang turun dari syurga. Jika orang makan roti ini, dia akan hidup selama-lamanya; dan roti yang akan Kuberikan demi kehidupan dunia itu adalah tubuh-ku.'' 52 Orang Yahudi mulai berdebat sesama sendiri, mereka berkata, ''Bagaimana Orang ini memberikan tubuh-Nya untuk dimakan?'' 53 Yesus berkata kepada mereka, ''Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak makan tubuh Anak Manusia dan minum darah-Nya kamu tidak memiliki hidup di dalam dirimu. 54 Setiap orang yang makan daging-Ku dan minum darah-Ku memiliki hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada hari kiamat. 55 Sebab daging-Ku adalah makanan yang yang sejati dan darah-Ku adalah minuman yang sejati. 56 Siapa yang makan daging-Ku dan minum darah-Ku tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia. 57 Seperti Bapa yang hidup mengutus Aku dan Aku hidup oleh kerana Bapa, demikian juga dia yang memakan Aku dia akan hidup kerana Aku. 58 Inilah roti yang turun dari syurga, bukan roti yang telah dimakan oleh nenek moyang kamu dan mereka mati, orang yang makan roti ini akan hidup selama-lamanya. 59 Yesus mengatakan semuanya ini di Kapernaum saat Yesus mengajar di rumah ibadah. 60 Banyak murid-Nya mendengar kata-kata Yesus lalu berkata, ''Ajaran ini terlalu sukar. Siapakah yang sanggup menerimanya?'' 61 Kerana mengetahui bahawa murid-murid Yesus bersungut-sungut tentang perkara itu, Yesus pun berkata kepada mereka, ''Apakah perkataan-Ku ini membuat kamu tersinggung? 62 Kalau begitu bagaimana jika kamu melihat Anak Manusia naik kembali ke tempat asal-Nya? 63 Rohlah yang memberi hidup, sedangkan daging tidak berguna sama sekali. Semua perkataan yang Kukatakan kepada kamu adalah roh dan hidup. 64 Tetapi ada beberapa di antara kamu yang tidak percaya. ''Sebab dari semula Yesus tahu siapa yang tidak percaya dan siapa yang akan mengkhianati Yesus. 65 Yesus berkata, Itulah sebabnya Aku mengatakan kepada kamu bahawa tak seorang pun dapat datang kepada-Ku kecuali hal itu dikaruniakan kepadanya oleh Bapa.'' 66 Sejak itu banyak murid-Nya yang meniggalkan Yesus dan tidak mahu lagi mengikut Yesus. 67 Kerana itu Yesus berkata kepada kedua belas murid-Nya, ''Apakah kamu juga ingin pergi?'' 68 Simon Petrus menjawab Yesus, ''Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Engkaulah yang memiliki perkataan kehidupan kekal. 69 Kami telah percaya dan mengenal Engkau bahawa Engkaulah yang Kudus dari Allah.'' 70 Yesus menjawab, ''Bukankah Aku sendiri yang memilih kamu dua belas orang ini? Tetapi salah seorang dari kamu adalah saitan.'' 71 Yang Yesus maksudkan ialah Yudas, anak Simon Iskariot, sebab Yudas adalah salah satu dari kedua belas murid itu, tetapi dia akan mengkhianati Yesus.