1 Pada mulanya adalah Firman, Firman itu tinggal bersama dengan Allah kerana Firman itu adalah Allah. 2 Sejak dari permulaan Firman itu tinggal bersama dengan Allah. 3 Semua telah diciptakan oleh Dia. Tanpa Dia, semua tidak wujud. 4 Di dalam Dia ada kehidupan dan kehidupan itu adalah terang bagi manusia. 5 Terang itu bercahaya di dalam kegelapan kerana kegelapan tidak dapat menguasai-Nya. 6 Ada seorang yang diutus oleh Allah, namanya Yohanes. 7 Yohanes datang sebagai saksi untuk menyampaikan kesaksian tentang Terang itu supaya melalui dia semua orang boleh percaya. 8 Yohanes sendiri bukanlah Terang itu, tetapi Yohanes datang untuk menyampaikan kesaksian tentang Terang itu. 9 Itulah terang yang benar, yang memberi terang kepada semua manusia, yang datang ke dalam dunia. 10 Dia memang telah ada dalam dunia, kerana dunia ini dibuat oleh Dia, tetapi dunia tidak mengenal Dia. 11 Dia datang kepada milik-Nya tetapi manusia tidak menerima Dia. 12 Tetapi, mereka yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa sehingga menjadi anak-anak Allah, iaitu mereka yang percaya kepada nama-Nya. 13 Mereka lahir bukan dari darah atau keinginan daging melainkan dari Allah. 14 Firman itu telah menjadi daging dan tinggal di antara kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan Anak Tunggal Bapa, yang penuh dengan anugerah dan kebenaran. 15 Yohanes memberi kesaksian tentang Dia dengan berseru, "Inilah Dia yang kumaksudkan saat aku berkata, ''Sesudah aku, akan datang Dia yang mendahului aku kerana Dia ada sebelum aku," 16 Dari kepenuhan-Nya kita semua menerima anugerah demi anugerah. 17 Sebab hukum taurat diberikan melalui Musa; tetapi anugerah dan kebenaran datang melalui Yesus Kristus. 18 Tidak seorang pun pernah melihat Allah, tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, menyatakan-Nya. 19 Inilah kesaksian Yohanes ketika orang-orang Yahudi mengutus imam-imam dan orang-orang Lewi dari Yerusalem untuk bertanya kepada Yohanes, "Siapakah engkau?" 20 Yohanes mengaku, "Aku bukan Kristus" 21 Mereka bertanya kepadanya, "Kalau begitu, siapakah engkau? Apakah engkau Elia?" Yohanes menjawab, "Aku bukan Elia." "Apakah engkau Nabi? Yohanes menjawab "Bukan." 22 Kemudian, mereka berkata kepadanya, "Siapakah engkau, kerana kami mesti memberi jawapan kepada orang yang mengutus kami? Apa katamu tentang dirimu sendiri? 23 Yohanes menjawab dengan perkataan Nabi Yesaya, "Akulah suara yang dikatakan Nabi Yesaya yang berseru-seru di padang belantara: ''Luruskanlah jalan bagi Tuhan!" 24 Orang-orang Yahudi yang diutus itu adalah orang Farisi. 25 Lalu, mereka berkata kepada Yohanes, ""Jika engkau bukan Mesias, bukan Elia dan bukan Nabi, mengapa engkau membaptis? 26 Yohanes menjawab mereka, "Aku membaptis dengan air, tetapi di antara kamu berdiri seorang yang tidak kamu kenal. 27 Dialah yang akan datang setelah aku. Membuka tali kasut-Nya pun aku tidak layak." 28 Semua itu terjadi di Betania, di seberang Sungai Yordan, tempat Yohanes membaptis. 29 Keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus datang kepadanya, lalu Yohanes berkata, "Lihatlah, Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa manusia! 30 Dialah yang aku maksudkan ketika aku berkata, 'Sesudah aku akan datang seorang yang lebih besar daripada aku kerana Dia sudah ada sebelum aku.' 31 Dulu, aku tidak mengenal Dia, tetapi supaya Dia dinyatakan kepada orang-orang Israel, maka aku datang untuk membaptis dengan air.' 32 Yohanes bersaksi lagi k,atanya, ''''Aku melihat Roh turun dari langit seperti burung merpati dan Roh itu tinggal pada-Nya. 33 Aku sendiri tidak mengenal Dia, tetapi Dia yang mengutus aku untuk membaptis dengan air berkata kepadaku, 'Dia yang ke atas-Nya kamu melihat Roh turun dan tinggal, Dialah yang akan membaptis dengan Roh Kudus.'' 34 Aku sendiri telah melihat dan memberi kesaksian bahawa Dialah Anak Allah. 35 Keesokan hari, Yohanes berdiri lagi bersama dua orang muridnya, 36 dan Yohanes melihat Yesus sedang berjalan. Yohanes berkata, '''Lihatlah, Anak Domba Allah.'' 37 Kedua muridnya mendengar perkataannya itu lalu mereka mengikuti Yesus. 38 Yesus memandang ke belakang dan melihat mereka sedang mengikuti-Nya, lalu Yesus berkata kepada mereka, ''Apa yang kamu cari?'' Mereka berkata kepada-Nya, ''Rabi (yang bererti;Guru), di manakah Engkau tinggal?'' 39 Yesus berkata kepada mereka, ''Mari dan kamu akan melihatnya.'' Kemudian, mereka datang dan melihat tempat Yesus tinggal dan mereka tinggal bersama-Nya pada hari itu kira-kira jam sepuluh. 40 Salah seorang yang telah mendengar Yohanes berkata dan mengikuti Yesus adalah Andreas, saudara Simon Petrus. 41 Ia pertama menemui Simon saudaranya sendiri dan berkata kepadanya, ''Kami sudah menemukan Mesias'' (yang bererti; Kristus). 42 Ia membawanya kepada Yesus. Yesus memandang padanya dan berkata, ''Engkau adalah Simon, putra Yohanes. Engkau akan dipanggil Kefas'' (bererti; Petrus atau Batu). 43 Keesokan harinya , Yesus pergi ke Galilea. Yesus bertemu dengan filipus dan berkata kepadanya, ''Ikutlah Aku!'' 44 Filipus berasal dari Betsaida, kota tempat Andreas dan Petrus tinggal. 45 Filipus bertemu dengan Natanael dan berkata kepadanya, ''Kami telah menemukan Dia yang dituliskan oleh Musa dalam Hukum Taurat dan oleh para nabi, iaitu Yesus dari Nazareth, anak Yusuf.'' 46 Natanael berkata kepadanya, ''Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nazareth?'' Filipus berkata kepadanya, ''Datang dan lihatlah.'' 47 Yesus melihat Natanael datang kepada-Nya dan bercakap mengenai Natanael, ''Lihatlah, seorang Israel yang sejati, tidak ada kepalsuan di dalam dia!'' 48 Natanael bertanya, ''Bagaimana Engkau mengenal aku?'' Yesus menjawab, ''Sebelum Filipus memanggilmu, Aku sudah melihatmu ketika kamu berada di bawah pohon ara.'' 49 Natanael menjawab, ''Rabi, Engkau adalah Anak Allah. Engkau adalah Raja orang Israel.'' 50 Yesus menjawab dan berkata kepadanya, ''Kerana Aku berkata kepadamu, ''Aku telah melihatmu di bawah pohon ara.'' maka kamu percaya? Kamu akan melihat perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada ini!'' 51 Lalu, Yesus meneruskan, ''Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu akan melihat langit terbuka dan malaikat-malaikat Allah naik turun melayani Anak Manusia.''