BAB 6

1 Hai anak-anak, taatlah kepada perintah orang tuamu dalam Tuhan, kerana hal ini harus kamu lakukan. 2 Hormatilah ibu bapamu, ini perintah pertama yang disertai dengan janji. 3 Supaya kamu bahagia dan berumur panjang di bumi. 4 Hai bapa-bapa, jangan bangkitkan kemarahan di dalam hati anak-anakmu, tetapi ajarlah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan. 5 Hai hamba-hamba, taatlah kepada tuanmu di dunia ini dengan takut dan hormat, dengan tulus hati, sama seperti kamu taat kepada Kristus. 6 Jangan didepan mereka sahaja menyenangkan hati orang. tetapi sebagai hamba Kristus dengan sepenuh hati melakukan kehendak Allah. 7 Dengan rela melakukan pelayanannya seperti orang-orang yang melayani Tuhan dan bukan untuk manusia. 8 Kamu tahu, bahawa semua orang, baik hamba ataupun orang merdeka, kalau ia melakukan sesuatu kebaikan, ia akan menerima balasan dari Tuhan. 9 Hai tuan-tuan, lakukanlah juga kepada hamba-hambamu yang baik, dan jangan mengugut mereka, ketahuilah bahawa Tuan mereka dan Tuanmu sendiri ada di syurga, dan Dia melihat semuanya sama rata. 10 Akhirnya, haruslah kamu kuat di dalam Tuhan, di dalam kekuatan kuasa-Nya. 11 Pakailah seluruh kelengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan untuk melawan tipu muslihat Iblis. 12 Sebab, perjuangan kita bukan melawan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia kegelapan ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara. 13 Sebab itu, pakailah seluruh perlengkapan senjata Allah supaya kamu dapat bertahan di saat hari yang jahat itu datang, dan kamu tetap berdiri setelah semuanya selesai. 14 Jadi berdiri tegaplah, dengan mengikat tali pinggang kebenaran dan memakaikan baju perisai keadilan, 15 kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera, 16 dalam segala keadaan gunakanlah perisai iman, sebab dengan perisai itu kamu dapat memadamkan semua panah api dari si jahat, 17 Ambillah topi keselamatan dan pedang Roh, iaitu firman Allah, 18 dan berdoalah disetiap waktu dalam Roh dan berjaga-jagalah dalam doa dan permohonan yang tiada hentinya untuk semua orang kudus. 19 Berdoalah untuk aku, supaya ketika aku membuka mulutku, diberikan perkataan yang benar, dengan keberanian aku memberitahu rahsia Injil. 20 Sedangkan aku adalah utusan yang dipenjarakan, supaya dengan berani aku menyatakannya sebagaimana aku seharusnya bertutur. 21 Tikhikus, saudaraku yang dikasihi dan pelayan yang setia didalam Tuhan, akan memberitahukan semuanya kepada kamu, supaya kamu tahu tentang aku dan keadaanku. 22 Aku menghantarnya kepadamu untuk tujuan ini, supaya kamu tahu hal tentang kami, supaya dia menghiburkan hatimu. 23 Damai sejahtera kepada saudara-saudara kita, dan kasih dengan iman dari Allah Bapa dan Tuhan Yesus Kristus. 24 Kasih kurnia Allah bagi semua orang yang mengasihi Tuhan kita Yesus Kristus dengan Kasih yang kekal.