BAB 2

1 Kamu yang dahulu telah mati akibat pelanggaran dan dosa, 2 Pada waktu itu hidup kamu mengikuti jalan dunia ini, sebab kamu mentaati raja segala penguasa di udara, roh yang sekarang sedang bekerja didalam diri anak-anak derhaka. 3 Kami juga pernah hidup seperti itu, memuaskan hawa nafsu, melakukan kehendak tubuh dan fikiran kami yang jahat. Dan hakikatnya kamilah orang yang dimurkai sama seperti orang lain juga. 4 Tetapi Allah yang penuh dengan belas kasihan, dan sebab kasih-Nya yang besar itu Dia mengasihi kita. 5 Walaupun kita telah mati atas kesalahan kita, Dia menghidupkan kita bersama-sama dengan Kristus oleh anugerah kamu diselamatkan. 6 Allah membangkitkan kita bersama-sama dengan Yesus Kristus dan kita duduk bersama-Nya di syurga. 7 Dan pada masa akan datang Allah menunjukkan kepada kita kekayaan kasih kurnia-Nya yang berlimpah sesuai dengan kebaikkan-Nya kepada kita dalam Yesus Kristus. 8 Kamu diselamatkan melalui iman dan kasih kurnia-Nya, ini adalah kurnia Allah dan bukan dari kamu sendiri. 9 Bukan dari hasi pekerjaanmu supaya jangan ada orang yang memegahkan diri. 10 Sebab kita ini adalah ciptaan-Nya, diciptakan dalam Yesus Kristus untuk melakukan perkerjaan baik, yang disediakan Allah sebelumnya. Dia mahu supaya kita hidup didalamnya. 11 Sebab itu, ingatlah dari tubuhmu kamu ini dahulu orang asing, yang disebut ''orang tidak bersunat'' iaitu sunat lahiriah yang dilakukan oleh tangan manusia, 12 Pada masa itu kamu tanpa Kristus, terasing dari kumpulan orang Israel dan dari perjanjian Allah, tanpa pengharapan dan Tuhan di dunia ini. 13 Tetapi sekarang sudah di dalam Yesus Kristus, kamu yang dahulunya jauh sudah dibawa dekat oleh darah Kristus. 14 Sebab Dia sendiri adalah perdamaian kita, dan menyatukan kedua pihak dan meruntuhkan tembok pemisah, iaitu permusuhan. Dengan tubuh-Nya dia menghapuskan permusuhan itu, 15 iaitu hukum Taurat dan segala perintah ketentuannya, untuk menciptakan keduanya menjadi satu manusia baru didalam diri-Nya, dan mengadakan perdamaian. 16 Dan mendamaikan kedua-duanya dengan Allah didalam satu tubuh melalui salib, dengan itu mematikan permusuhan itu. 17 Dia datang mengkhabarkan perdamaian kepada kamu yang jauh atau yang dekat. 18 Kerana oleh Dia kita, kedua-dua pihak dapat menghampiri Allah Bapa dengan satu Roh. 19 Sebab itu kamu bukan lagi orang asing atau pendatang, melainkan menjadi warga negeri bersama orang yang kudus dan ahli keluarga Allah, 20 yang dibina atas dasar para rasul dan para nabi, dengan Yesus Kristus sendiri sebagai batu penjuru utama. 21 Di dalam Kristus semua bangunan itu disatukan dan menjadi Bait Suci Allah di dalam Tuhan. 22 Maka di dalam Dia kamu pun dibina bersama menjadi tempat kediaman Allah dalam Roh.